Projek mengembalikan kehebatan manusia adalah sebuah projek untuk membangunkan ummah dengan cara membina modal insan. Projek ini mempunyai matlamat khusus yang perlu dicapai oleh setiap peserta. Selain itu, kami juga mempunyai jangka masa yang ditetapkan untuk mengukur pencapaian peserta kami. Kami juga merangka strategi untuk sentiasa berhubung dengan peserta-peserta walaupun motivasi telah tamat. Antara pakej yang kami tawatkan adalah:
-Silver
-Gold
-Platinum
Projek ini lebih unik berbanding program yang lain kerana ianya menumpukan kepada punca utama kelemahan manusia dan cara-cara untuk mengatasi unsur-unsur negatif ini. Projek ini adalah lebih kepada konsep ketuhanan tetapi kami juga menyelitkan beberapa slot hiburan yang tidak akan menyesatkan peserta. Walaupun asas kepada projek ini merupakan ajaran agama islam dan juga ayat-ayat yang dipetik daripada kitab suci Al-Quran, namun peserta yang bukan muslim juga boleh mengikuti dan mendapat manfaat daripada projek ini. Hal ini adalah kerana asas kepada setiap agama adalah sama, iaitu membawa kebaikan kepada penganut agama tersebut.
Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain seperti Job Malaysia, jabatan-jabatan kementerian yang berkenaan, pusat-pusat tuisyen dan sebagainya. Kami mempunyai beberapa tujuan yang tertentu dengan berkejasama dengan pihak-pihak tersebut. Yang pasti tujuannya adalah untuk kebaikan-kebaikan peserta-peserta kami.
Posted in: 
