Wednesday, March 30, 2011

Cara Promosi

Antara Cara-Cara Yang Kami Gunakan adalah:-


1.Pesanan Ringkas (SMS)



2. Email



3. Facebook





4. Blog



5. Pamplet





Misi

Misi kami ialah untuk mengembangkan perniagaan di seluruh IPTS/IPTA seluruh malaysia.  Ketika menyediakan perkhidmatan yang unggul dan memenuhi keperluan pelanggan, kami akan mendapatkan kepuasan pelanggan dan membina hubungan yang kuat dengan mereka.

Isu-Isu kritikal


1. Bagaimana projek ini dapat mengembalikan kehebatan manusia?

-Projek ini mempunyai strategi-strategi yang direka khas untuk beberapa golongan. Antaranya golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kami tidak akan mengunakan strategi yang sama dalam menguasai emosi serta minda mereka. Hal ini kerana setiap golongan mempunyai sikap, pengalaman dan minat  yang berlainan antara satu sama lain. Dengan strategi yang direka khas untuk setiap golongan dapat mengembalikan kehebatan mereka.
-Selain itu, kami juga bekerjasama dengan badan-badan yang lain untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan keluar dari belenggu kesukaran mereka. Contohnya jika peserta kami mempunyai masalah kewangan yang membuatkan kesukaran dalam kehidupan mereka. Tunjuk ajar yang diberikan daripada exco kewangan kami sedikit sebanyak dapat membantu meringankan masalah mereka. Dengan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi didunia dapat mengembalikan keyakinan dan ketenangan mereka seterusnya dapat mengembalikan kehebatan mereka bukan sahaja didunia bahkan diakhirat.




2. Bagaimana cara untuk terus berhubung dengan pelanggan walaupun program yang dijalankan sudah tamat?

-Kami mempunyai objektif dan misi tersendiri. Dengan itu kami rangkakan beberapa strategi untuk terus berhubung dengan mereka agar hubungan kami dengan pelanggan tidak putus walaupun program yang dijalankan telah tamat. Salah satunya adalah dengan melakukan survey terhadap pelanggan kami. Kami akan menyediakan satu borang biodata untuk diisi oleh pelanggan sebelum program dimulakan. Daripada borang tersebut kami akan mengetahui hobi serta minat mereka. Sebagai contoh mejoriti minat memancing, justeru kami akan membuat satu acara @ pertandingan memancing selepas program mengembalikan kehebatan manusia telah tamat. Dan kami akan menjemput pelanggan kami untuk sama-sama menyertai acara tersebut. Dengan ini, kami telah mencipta satu kepentingan kepada mereka untuk menyertai acara tersebut. Dalam acara tersebut, kami akan selitkan juga aktiviti kerohanian dan kajian tentang keinsafan mereka. Dengan strategi ini, insyaallah dapat merapatkan lagi hubungan kami dengan pelanggan kami. 

Kunci Kejayaan


Strategi-strategi yang telah kami rangka merupakan salah satu kunci kejayaan kami.  Antaranya modul-modul yang akan dibentangkan, hiburan yang diselitkan dan sebagainya adalah salah satu kunci kejayaaan kami. Disamping itu, strategi-strategi promosi yang telah dirangka juga menyumbamg kepada kejayaan.

Penceramah merupakan tulang belakang kepada syarikat kami. Penceramah yang hebat, tahu untuk memikat emosi peserta, telatah penceramah yang menghiburkan serta isi-isi yang disampaikan adalah kunci kejayaan kami. Peranan penceramah amat penting dan merupakan kunci kejayaan yang utama kepada kami. Dengan strategi-strategi yang mantap juga tidak mencukupi jika tidak disokong oleh penceramah yang hebat.

Apa Yang Ditawarkan


Projek mengembalikan kehebatan manusia adalah sebuah projek untuk membangunkan ummah dengan cara membina modal insan. Projek ini mempunyai matlamat khusus yang perlu dicapai oleh setiap peserta. Selain itu, kami juga mempunyai jangka masa yang ditetapkan untuk mengukur pencapaian peserta kami. Kami juga merangka strategi untuk sentiasa berhubung dengan peserta-peserta walaupun motivasi telah tamat. Antara pakej yang kami tawatkan adalah:

-Silver
-Gold
-Platinum

Projek ini lebih unik berbanding program yang lain kerana ianya menumpukan kepada punca utama kelemahan manusia dan cara-cara untuk mengatasi unsur-unsur negatif ini. Projek ini adalah lebih kepada konsep ketuhanan tetapi kami juga menyelitkan beberapa slot hiburan yang tidak akan menyesatkan peserta. Walaupun asas kepada projek ini merupakan ajaran agama islam dan juga ayat-ayat yang dipetik daripada kitab suci Al-Quran, namun peserta yang bukan muslim juga boleh mengikuti dan mendapat manfaat daripada projek ini. Hal ini adalah kerana asas kepada setiap agama adalah sama, iaitu membawa kebaikan kepada penganut agama tersebut.

Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain seperti Job Malaysia, jabatan-jabatan kementerian yang berkenaan, pusat-pusat tuisyen dan sebagainya. Kami mempunyai beberapa tujuan yang tertentu dengan berkejasama dengan pihak-pihak tersebut. Yang pasti tujuannya adalah untuk kebaikan-kebaikan peserta-peserta kami.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons